Wednesday, 10 October 2012

MESYUARAT RASMI LANUN

Bertarikh 10 Oktober 2012 jam 2100 bertempat di Black Commander Pirate Ship telah dijalankan satu mesyuarat tegempar secara rasmi untuk lanun-lanun yang sentiasa dahaga dan lapar makanan free.



















Majlis Lanun-lanun Ambangan Heights mencapai kata sepakat dalam beberapa perkara yang diusulkan demi mengembangkan pengaruh dan empayar. Dalam mesyuarat tersebut juga Majlis Lanun-lanun Ambangan Heights sebulat suara bersetuju menyerahkan "burung kakatua" kepada 9W6MAZ sebagai Penasihat Nakhoda. Majlis menghadiahkan "penutup mata sebelah" kepada 9W2AFC untuk menjadi Kapten Lanun yang baru. Manakala 9W2ANL mendapat hadiah "tabung ayam" untuk menyimpan harta lanun. Sementara itu 9W2WZM diberi "pen bulu ayam" untuk menulis cerita kisah lanun disepanjang pelayaran... Penulis mengucapkan tahniah kepada keempat-empat mereka. Sahutlah cabaran galaslah tanggungjawab dan kepercayaan Majlis Lanun-lanun Ambangan Heights. Semoga bahtera lanun yang dibina untuk berlayar jauh akan terus kekal...



























Selepas selesai majlis lanun-lanun dihidangkan dengan laksa yang cukup menyelerakan. Kuah sirip ikan yu dan sotong kurita yang dikisar secara rata. Terima kasih tidak terhingga kepada 9W2UFC yang menyediakan kapal untuk bersidang dan makanan kepada lanun-lanun semua....


Sumber Gambar : 9W2KMC

No comments:

Post a Comment