Bertarikh 10 Oktober 2012 jam 2100 bertempat di Black Commander Pirate Ship telah dijalankan satu mesyuarat tegempar secara rasmi untuk lanun-lanun yang sentiasa dahaga dan lapar makanan free.
Majlis Lanun-lanun Ambangan Heights mencapai kata sepakat dalam beberapa perkara yang diusulkan demi mengembangkan pengaruh dan empayar. Dalam mesyuarat tersebut juga Majlis Lanun-lanun Ambangan Heights sebulat suara bersetuju menyerahkan "burung kakatua" kepada 9W6MAZ sebagai Penasihat Nakhoda. Majlis menghadiahkan "penutup mata sebelah" kepada 9W2AFC untuk menjadi Kapten Lanun yang baru. Manakala 9W2ANL mendapat hadiah "tabung ayam" untuk menyimpan harta lanun. Sementara itu 9W2WZM diberi "pen bulu ayam" untuk menulis cerita kisah lanun disepanjang pelayaran... Penulis mengucapkan tahniah kepada keempat-empat mereka. Sahutlah cabaran galaslah tanggungjawab dan kepercayaan Majlis Lanun-lanun Ambangan Heights. Semoga bahtera lanun yang dibina untuk berlayar jauh akan terus kekal...
Selepas selesai majlis lanun-lanun dihidangkan dengan laksa yang cukup menyelerakan. Kuah sirip ikan yu dan sotong kurita yang dikisar secara rata. Terima kasih tidak terhingga kepada 9W2UFC yang menyediakan kapal untuk bersidang dan makanan kepada lanun-lanun semua....
Sumber Gambar : 9W2KMC
Wednesday, 10 October 2012
ANASIR PELIK YANG MENYERANG FACEBOOK
Kebelakangan ini laman sesawang sosial penulis dibanjiri oleh gambar-gambar pelik...kepada rakan-pakan pengguna Facebook berhati-hati jangan tersalah klik...bahaya....ehehehehe..
BORANG PERMOHONAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN (RAE)
PEMBERITAHUAN!!!. Kepada rakan-rakan SWAL yang berhasrat untuk menduduki peperiksaan radio amatur (RAE) siri 02/2012 bolehlah mengisi borang tersebut secepat mungkin. Tarikh tutup permohonan menduduki peperiksaan kali ini adalah pada 19 Oktober 2012 jam 5.00 petang. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia bersama wang pos RM50 dan beserta sekeping fotokopi MyCard depan dan belakang. Borang permohonan memduduki peperiksaan (RAE) seperti dibawah boleh dimuaturun di SINI atau terus di laman sesawang SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
Tuesday, 9 October 2012
XPDC ROYAL BELUM - AKSI MENARIK YG SEMPAT DIRAKAM
Tempoh 3 hari 2 malam di Tasik Banding banyak mengundang kisah suka yang sukar dilupakan oleh peserta- peserta xpdc Royal Belum. Penulis turut merasakan kemeriahan dari aksi-aksi gambar dirakam walaupun pada ketika itu penulis tidak bersama mereka. Antara gambar-gambar aksi menarik yang sempat dirakamkan peserta...
Letih sungguh brader kita...sampaikan tertidur nyenyak. Rakan pula mengambil kesempatan untuk mengabadikan foto brader kita untuk kenangan..
Agak-agak ler bang....tak kan sesikat pisang abg layan seorang diri...kasian kang ada plak rakan-rakan yang kempunan nak merasa pisang..hahahahakeh keh keh...ni apa kes bro? mabuk masakan stim toman ke apa? ke mabuk air Tasik Banding? hahahaha...

Biar betoi???? Ada jugak yang salah destinasi ni... pulas ke kiri Pak Tam depan ada tunggul !!!

Lagak camarewoman profesional...cayalah sis...
Masak apa cik kak? sempat lagi berpossing waktu di dapur....sis pembantu tukang masak antara penyeri xpdc Royal Belum...
macam ni lah bila berjauhan dari keluarga..apa yang rasa nak buat teruskan aje...hahahaha
sesi santai dipenuhi dengan acara bakat terpendam.. penuh perasaan nampak cikgu nizam... atau menumpang semangat aura baru orang disebelah...kehkehkeh
Monday, 8 October 2012
ROYAL BELUM XPDC
Tarikh 04 Okt - 06 Okt 2012 menjadi kenangan manis kepada beberapa rakan ham Ambangan Heights yang telah berjaya menganjurkan dan menyertai Ekspidisi Royal Belum. Antara yang terlibat menjayakan ekspidisi tersebut ialah 9W6MAZ, 9W2CRE, 9W2AFC, 9W2UFC, 9W2WZM, 9W2JNM, 9W2MPO, 9W2WNU, SWAL WMA, SWAL DKB. Sekalong tahniah kepada mereka yang bertungkus lumus siang dan malam bagi menjayakan ekspidisi tersebut. Penulis tidak dapat turut serta disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Apapun dari pengalaman yang disampaikan kepada penulis jelas terpampang kegembiraan mereka. Terlalu banyak kenangan manis yang hendak dikongsikan bersama. Sekali lagi penulis mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan ham Ambangan Heights yang berjaya menganjurkan aktivi Ekspidisi Royal Belum.
Antara panorama yang indah sempat dirakamkan oleh rakan ham Ambangan Heights yang menyertai Ekspidi Royal Belum.
Peperiksaan Radio Amatur (RAE) 02/2012
Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri 02/2012 akan diadakan pada 19 Disember 2012 jam 2.00 petang. Kepada rakan-rakan SWAL atau rakan-rakan yang berminat untuk menjadi ahli keluarga Radio Amatur secara rasmi dipelawa untuk menduduki peperiksaan tersebut. Insyaallah satu kelas khas untuk mereka yang berminat untuk menduduki peperiksaan akan diatur oleh rakan-rakan Ham Ambangan Heights.
Subscribe to:
Comments (Atom)



















